Friday, 20 September 2013

PERSIAPAN KELENGKAPAN SURAU

Alhamdulillah...surau ar-rayyan yang telah berjaya dibina ini menerima banyak sumbangan daripada pelbagai pihak sama ada pelajar, ibu bapa, guru-guru serta orang persendirian yang tidak putus-putus menghulurkan derma dalam bentuk wang ringgit atau barangan...surau ini telah dilengkapi dengan al-Quran secukupnya, Surah Yaasin, rehal, sejadah dan sebagainya...Syabas diucapkan kepada Guru -guru pendidikan Islam, j-QAF dan guru-guru KAFA yang telah memberi sumbangan tenaga melengkapkan keceriaan surau ini.


Majlis Penyampaian Hadiah KUIZ RAMADAN DAN PERMATA RAMADAN

Selain Majlis khatam...sepanjang bulan ramadan al mubarak lepas turut diadakan kuiz ramadan bagi murid-murid tahap 1 dan 2....Hadiah diberikan kepada pemenang-pemenang...kepada yang terpilih sebagai PERMATA RAMADAN pada tahun ini...tahniah diucapkan...


MAJLIS KHATAM AL-QURAN...

Pada bulan ramadan yang lalu..Panatia Agama Islam dan j-QAF telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran bagi semua pelajar tahun enam yang telah khatam...alhamdulillah..majlis berjalan lancar bertempat di surau Ar-Rayyan.


Thursday, 19 September 2013

GOTONG-ROYONG KECERIAAN SURAU

Gerak kerja keceriaan surau giat dijalankan oleh guru-guru pendidikan Islam dan j-QAF....ustazah je ramai...ustaz2 berapa kerat aje....














LATIHAN KALAM JAMA'IE

Alhamdulillah..SK Bukit Payong terpilih bagi mewakili daerah Marang ke Mahrajan J-QAF pada tahun ini...guru-guru Bahasa Arab giat melatih pelajar-pelajar di surau Ar-Rayyan.












Tuesday, 17 September 2013

AKTIVITI SELEPAS UPSR

Alhamdulillah...peperiksaan UPSR 2013 telah tamat..tahniah kepada semua pelajar SK Bukit Payong yang telah berjaya mengharunginya..Kami Guru-guru pendidikan Islam dan j-QAF mendoakan agar kalian mendapat keputusan yang cemerlang...Peringatan!! Program solat hajat dan bacaan Yaasin bagi semua pelajar tahun 6 diteruskan sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan