Sunday, 16 July 2017

GOTONG ROYONG MENGIMARAHKAN SURAU ARRAYYAN

Gotong royong telah diadakan pada Sabtu,15 Julai. Ia melibatkan semua warga sekolah. Jawatankuasa surau mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama warga sekolah. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala usaha dan tenaga yang telah diberikan. Terima Kasih SEBUYONG..

Thursday, 6 July 2017

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017 peringkat sekolah telah diadakan pada 6hb Julai bertempat di Dewan Sk Bukit Payong.Acara sambutan yang sederhana tapi meriah..Agihan Duit Raya untuk semua dibuat di Dewan dan surau Arrayyan.

Tuesday, 4 July 2017

KEM BESTARI SOLAT (KBS) SIRI 1/2017

Kem Bestari Solat telah diadakan selama 3 hari bermula dari 5hb Me 2017 hingga 7hb Me 2017 yang melibatkan semua murid SK Bukit Payong. KBS ini melibatkan kerjasama antara Guru Pendidikan Islam Dan Guru KAFA. Alhamdulillah.. KBS kali ini berjaya dilaksanakan dengan baik dan lancar.

Gotong Royong Menceriakan Surau 2017

Gotong Royong melibatkan semua guru Pendidikan Islam Dan murid-murid Persatuan Puteri Islam SK Bukit Payong.