Tuesday, 23 January 2018

SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASSIN AWAL TAHUN 2018 WARGA SeBuYong

Solat Hajat dan Bacaan Yassin awal tahun 2018 melibatkan Warga Sekolah. Ia telah diadakan pada 1hb Januari 2018.Semoga tahun ini lebih baik dan mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t. Aamin..

Wednesday, 17 January 2018

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SK BUKIT PAYONG

Sambutan Maulidur Rasul 1439H Peringkat Sekolah diadakan pada 23hb November 2017 di Dewan Sekolah. Acara yang diadakan sepanjang majlis adalah selawat beramai-ramai dan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Mujahidin Mat Yasin.Acara Perarakan terpaksa dibatalkan kerana cuaca yang tidak mengizinkan.

Sunday, 29 October 2017

Gotong Royong Surau

Diadakan pada Hari sabtu yang melibatkan semua guru dan guru kafa Skbp. Gotong royong yang terakhir sebelum penilaian dijalankan.
.

Majlis Khatam Alquran Peringkat Sekolah 2017

Majlis Khatam Alquran yang telah berjaya diadakan pada 24 Oktober 2017 bagi meraikan murid- murid tahun 6 yang telah khatam alquran 30 juzuk. Majlis telah dirasmikan oleh Ustaz Razak b Mat Noor, Pemyelia Kanan Pendidikan Islam PPD Marang. Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang telah menyumbang pulut kuning Dan bunga telur bagi memeriahkan majlis tersebut.

Friday, 11 August 2017

Majlis Doa Selamat Warga Sebuyong

Majlis yang telah diadakan bagi memohon kebaikan dan keselamatan untuk semua kakitangan, guru kafa dan pekerja swasta. Semua kakitangan dijemput hadir bersama dengan ahli keluarga mereka.Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan jayanya. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Sektor JPNT, Pegawai PPD Marang, Penolong Pegawai PPD Marang, Penyelia Agama PPD Marang dan beberapa orang Guru Besar dr SK Jenang, SK Bukit Sawa Dan SK Gong Balai.

Monday, 17 July 2017

SUDUT KREATIF DAN INOVATIF

Pelbagai sudut yang menarik yang diilhamkan oleh guru-guru.Tahniah semua kerana telah berjaya menceriakan surau Ar Rayyan.